Tuesday, August 26, 2008

paku di hatimu..






PAKU DIDINDING HATIMU...



Ada seorang pemuda yang sangat pemarah.

Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.


Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini,

bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.


Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku

pada tembok batu tersebut.


Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,

jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati,

adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari

memukul paku menembusi tembok batu tersebut.


Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah,

walau sekali pun.


Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.

Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.


Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut.

Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.


Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata

"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.


Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah,

ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.


Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya .

Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada.


Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari.

Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.

Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.


"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."

Monday, August 25, 2008

Assalamualaikum

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:


"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."


Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"


Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.


Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.


"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah
kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zamannanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.'

Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."


Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"


Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."


Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.


Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:


"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "


Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."


Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.


Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

for your review... perceptions of life..


Saturday, August 23, 2008

sebelum ramadhan


Salam,

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " " Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:


* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.Sempena akan tibanya bulan Ramadhan yang tidak lama lagi saya terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk , diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah. Saya juga memohon dihalalkan semuanya.Saya juga telah memaafkan saudara saudari dan telah menghalalkan segalanya.

Sekian, terima kasih.

Friday, August 22, 2008

22nd of August 2008





First day using Blogger..


So this is what they called blog..


hmm..


looks nice..


but still figuring out on whats the usage..


hmm..


anyway..


i will edit more on my page..


more interesting things coming up..


so ,... dont forget to check it out..










----------------------------------



Jam 4.20 p.m. Jumaat= 20 Rejab1429


pening skit kepale hari ni..

byk keje nak kene buat dan standby kat ofis..

kadang sampai lewat malam..

hmm.. biasela erk.. adat berkerja..

....

sedar tak sedar dah sembilan bulan..

bulan puase pun dah nak sampai..

seperti yang dikatakan, dijanjikan..

mestila dikotakan..

insyaALLAH... takde penghalang..

utk kebaikan jugakan..

tak sabar sabar rasenye nak berpuase nih..

bulan paling mulia..

bulan paling diberkati..

bulan pengampunan..

bulan penuh rahmat..

bulan segala bulan...

setahun sekali..

tahun depan belum tentu lagi.

huhh...

Ampunilah Dosaku ini..

Ya Allah....

byk dosaku..

tak larat den nak pikul ni..

ampunilah aku,...

sampaikanlah umurku sehingga penghabisan ramadhan ini...

sehingga ke ramadhan yang seterusnya..

berkatilah segala amalan baikku...

utk dihitung bersama amalan ku yang buruk...

bersihkan diri ku..

jiwa ku..

hati ku...

di bulan ini ya allah...

begitu juga...

ibu bapaku...

adik beradikku..

datuk nenek kuu...

saudara mara ku..

sahabat sahabat ku...

orang yang kucintai dan menyintaiku..

orang islam dikeliling ku...

yang hidup mau pun yang mati...

zuriat keturunanku...

selamatkanlah kami ya allah...

perkenankanlah ya allah...

perkenankanlah ya rabb...

ya rabb..

ya rabb...

ya rabb...

perkenankanlah...